Pages

Monday, May 18, 2015

PENUBUHAN BOSS SMKTP


                Unit SPBT SMKTP telah ditubuhkan pada bulan April 2003 sebaik sahaja sekolah ini di buka selaras dengan kehendak dan keperluan semasa. Walau bagaimanapun BOSS  yang diwujudkan ketika itu tidaklah mempunyai kelengkapan yang lengkap sehinggalah pada tahun 2004  ia di bangunkan sedikit demi sedikit. Ini adalah kerana unit tidak mendapat bekalan stok buku terus dari PPD atau pembekal sebaliknya mengutip dari sekolah lain dalam Daerah Kulai. Lokasi BOSS adalah di tingkat bawah bersebelahan bilik setiausaha peperiksaan dan bilik kesihatan. Di dalamnya dilengkapi rak-rak buku, kaunter, almari, kerusi dan papan kenyataan.

           

            Secara kasarnya unit SPBT adalah sebuah unit wajib yang ditubuhkan bertujuan membantu golongan pelajar yang layak untuk mendapat bantuan pinjaman buku teks. Jawatankuasa khas yang terdiri dari pentadbir dan guru-guru ditubuhkan bagi melancarkan segala rancangan dan program unit. Maka  bilik operasi SPBT (BOSS) inilah yang  berperanan sebagai bilik gerakan serta tempat penyimpanan bekalan buku teks dan pelaksanaan aktiviti yang berkaitan. 

 
             Di harap dengan adanya BOSS yang berkesan, aktiviti yang dirancangkan mencapai matlamatnya dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

0 comments:

Post a Comment